Friday, June 26, 2009

CARA MENJAWAB KOMSAS SPM

Menjawab soalan karangan berpandu, bahagian A memerlukan 3 kemahiran iaitu kemahiran melihat dengan teliti, kemahiran berfikir akan makna yang tersurat dan tersirat dan kemahiran menjana idea secara ringkas dan padat. Untuk mendapat markah yang cemerlang mestilah menulis ayat-ayat indah yang sesuai dengan fakta yang dikemukakan sekurang-kurang 3 ayat. Karangan B sepatutnya lebih panjang dan mempunyai sekurang-kurangnya 5 ayat /bahasa indah. Pembahagian perenggan hendaklah seragam dan boleh guna formula F+H+C+K+P.

Komsas memerlukan pembacaan dan penghayatan. Usahlah mimpikan A sekiranya anak-anak malas membaca buku teks. Membaca buku ulasan sahaja tidak mencukupi. Sepatutnya anak-anak sudah 3x khatam. Namun begitu untuk skor A, pengetahuan tentang teknik menjawab juga perlu diberikan perhatian. Gunakan formula F+H+C bagi setiap jawapan yang diberikan. Berapa banyak fakta yang patut diberikan boleh rujuk kepada markah di penghujung soalan.

Perkara yang paling penting dilakukan selepas menjawab soalan ialah semakan. Tujuannya ialah untuk mengesan kesilapan ejaan, tertinggal perkataan dan lain-lain. Janganlah kita tidak dapat A kerana markah ditolak disebabkan kecuaian kita.

Akhir sekali berdoa dan bertawakkal. Nak berdoa mesti tunaikan solat dahulu. Utamakan yang wajib dan perbanyakkan yang sunat. Bersihkan hati kita dan jangan perlekehkan bahasa dan sastera yang menjadi tulang belakang bangsa. Sudah menjadi tanggungjawab kita untuk memertabatkan bahasa dan sastera Melayu da meletakkannya kembali di tempat yang sepatutnya.

Yang kurik itu kendi, yang merah itu saga. Yang baik itu budi, yang indah itu bahasa.

No comments:

Post a Comment