Sunday, July 12, 2009

ANALISIS SOALAN PERIBAHASA 2004-2008

Tahun 2008 (N)
Bagai menatang minyak yang penuh
Benih yang baik jatuh ke laut menjadi pulau
Hati gajah sama dilapah hati kuman sama dicecah.

Tahun 2008 (J)
Mendapat durian runtuh
Berani kerana benar, takut kerana salah
Sesat di hujung jalan, balik ke pangkal jalan

Tahun 2007 (N)Bahasa Jiwa Bangsa
Bagai dakwat dengan kertas
Seperti air di dalam kolam

Tahun 2007 (J)
Bagai kacang lupakan kulit
Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian.
Bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian

Tahun 2006 (N)Bahasa jiwa bangsa
Nak seribu daya, tak nak seribu dalih
Mata pena lebih tajam daripada mata pedang

Tahun 2006 (J)
Seperti ular kena palu
Carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga
Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih

Tahun 2005 (N)
Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul
Seperti burung dalam sangkar, mata lepas badan terkurung
Ukur baju di badan sendiri
Tahun 2005 (J)Seperti ikan pulang ke lubuk
Muafakat Membawa Berkat
Sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain.

Tahun 2004 (N)Bersatu teguh bercerai roboh
Bagai tanduk diberkas
Kalah jadi abu, menang jadi arang.

CAKAP AJUK DAN CAKAP PINDAH

Panduan untuk menukarkan AYAT CAKAP AJUK kepada AYAT CAKAP PINDAH /
PERBUALAN kepada CAKAP PINDAH

1- Kependekan kata seperti ‘dah , mau , pergi’ dibetulkan kepada ’sudah, mahu , pergi’

2- Kata seru bertanda (!) seperti cis, amboi , aduh dan sebagainya ditukar menjadi frasa mengikut konteks ayat berkenaan.

3- Perkataan Bahasa Arab seperti ‘Alhamdulilah’ ditukar kepada ‘mengucap syukur’.

4- Unsur estetika, seperti personafikasi dan metafora hendaklah digugurkan dan digantikan dengan frasa yang sesuai dalam konteks ayat berkenaan. Unsur-unsur slanga / dialek hendaklah dibuang dan digantikan dengan bahasa baku. Kata ganti diri ’saya’ ditukarkan kepada ‘dia’ , ‘di sini’ menjadi ‘di sana’ , ‘masa ini’ menjadi ‘masa itu’ dan ‘kami’ menjadi ‘mereka’.

PANDUAN MENJAWAB SOALAN BINA AYAT

1. Boleh bina ayat tunggal.
2. Boleh bina ayat majmuk.
3. Boleh bina ayat aktif.
4. Boleh bina ayat pasif.
5. Boleh bina ayat cakap ajuk tetapi perlu mematuhi peraturan tanda baca (tanda petik).

Pelajar dilarang :
1. Menambah atau menggugurkan imbuhan.
2. Jadikan perkataan diuji sebagai kata nama khas.
3. Jadikan perkataan diuji sebagai peribahasa.
4. Membina ayat yang tidak jelas/ tidak difahami maksud.

Monday, June 29, 2009


bahasa melayu ini telah menjadi bahasa rasmi yang harus digunakan oleh masyarakat kita di malaysia ini.pelbagai bangsa di malaysia ini mestilah fasih berbahasa malaysia.persoalan di sini adakah kita menggunakan bahasa melayu itu dengan sempurna?

Saturday, June 27, 2009

PANDUAN DAN TEKNIK MERUMUS PETIKAN

Nota:

Bahagian merumus lazimnya mendatangkan masalah kepada pelajar, terutama bagi mereka yang tidak bersedia atau malas mengulangkaji. Merumus juga ibarat mencantas pokok yang rendang. Oleh itu kerja mencantas perlu dilakukan pada ranting-ranting yang kecil bukan pada bahagian dahan atau batang dan perlu dilakukan berhati-hati untuk mendapatkan hasil yang berkualiti. Berikut dicadangkan panduan merumus yang menepati kehendak peperiksaan.

1. Markah penuh : 30 markah (Isi=20 dan Bahasa=10)

2 markah diberi bagi setiap isi yang tepat.

markah bahasa diberi separuh daripada markah isi


Nota : Jika disalin bulat-bulat perkataan demi perkataan, ayat demi ayat walaupun jumlah perkataan antara 100 – 120

patah perkataan, markah bahasa diberi ialah 0.

4. Kaedah mengira perkataan.

Perkataan yang dikira sebagai satu perkataan:

nama khas – Contoh : Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP)

perkataan berganda – Contoh: berbual-bual

kata depan – Contoh: di kedai, ke pasar

angka dengan nombor atau perkataan – Contoh: Dua ratus ribu, 2020

gelaran – Contoh: Dato’ Seri Dr. Mahathir bin Mohamad

tarikh - 28 Februari 1998

Perkataan yang dikira lebih daripada satu.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu atau PBB (3 patah kata)

5. Jumlah perkataan

Antara 100 – 120 perkataan. Jika calon mengemukakan lebih 120 perkataan, markah tidak dipotong. Patah perkataan selepas 120 diabaikan.

6. Perenggan

Dicadangkan 4 perenggan (pengenalan, isi tersurat, tersirat dan kesimpulan)

dengan selang sebaris antara perenggan. Rasionalnya supaya pemerika dan calon lebih mudah menyemak isi dan jawapan.

7. Masa menjawab

Dicadangkan peruntukan masa selama 35 minit sahaja dengan kombinasi masa 5 minit – membaca & memahami petikan, 12 minit mengesan isi, 13 minit menulis jawapan, dan 5 minit untuk menyemak/mengira perkataan/membaiki kesilapan.

8. Lain-lain

Tuliskan jumlah patah erkataan di bahagian bawah sebelah kanan jawapan rumusan anda. Gunakan bahasa yang mudah, padat dan tepat. Elakkan daripada melakukan sebarang kesalahan tatabahasa. Tulisan perlu kemas dan mudah dibaca.

Strategi mengesan dan menulis pendahuluan.

1. Pendahuluan bermaksud pemahaman calon tentang keseluruhan petikan.

2. Cara mengesan dengan membaca, menganalisis dan memahami:

(a) arahan/kata kunci soalan }

(b) keseluruhan isi/intipati petikan } pendahuluan yang mantap

(c) sumber petikan }

3. Menulis dengan menggunakan kata kunci/dimulakan dengan frasa:

Petikan ini memperkatakan/berhubung/menyatakan tentang ………..

Petikan ini menyentuh tentang --------

Petikan ini memberi komen tentang ----------

Petikan ini membincangkan/memperkatakan/mengulas tentang ……….

4. Pengenalan boleh diambil daripada:

kata kunci arahan soalan (1 markah sahaja)

kata kunci arahan soalan yang diubahsuai mengikut pemahaman keseluruhan petikan. (2 markah)

Nota: lihat contoh soalan & skema markah.

5. Pengenalan tidak boleh diambil daripada isi tersurat, isi tersirat dan kesimpulan.

6. Ditulis dalam satu ayat sahaja.

Contoh-Contoh Pengenalan.

Petikan tersebut memperkatakan tentang perkembangan perubatan dan kesihatan sebelum dan selepas merdeka. (SPM1993)

Petikan ini menyentuh tentang pandanagan penulis berhubung dengan beberapa kelemahan pihak bomba mengatasi kebakaran (SPM 1994)

Petikan membincangkan kesan-kesan negatif proses pembandaran terhadap instituti keluarga. (SPM 1995)

Petikan membicarakan kemajuan Malaysia bergantung kepada perkembangan teknologi telekomunikasinya. (SPM1996)

Petikan ini membicarakan tentang aktiviti pembalakan di negara ini pada masa sekarang dan kesannya kepada negara. (SPM1997)

Strategi Mengesan dan Menulis Isi Tersurat

1. Isi tersurat ialah isi yang dinyatakan dalam petikan dan menepati kehendak soalan.

2. Kesan isi tersurat berdasarkan kehendak soalan/kata kunci soalan sahaja

3. Aspek yang perlu diambilkira semasa mencantas isi:

Contoh langsung tidak perlu dimasukkan. Ia dapat dikesan dalam petikan melalui kata-kata berikut: (seperti, dalam bentuk, termasuk, umpamanya, diantaranya, contohnya, iaitu dan misalnya)

Contoh: Klon-klon baru iaitu KKM22 dan KKM28 telah diperkenalkan oleh MARDI.

Contoh tidak langsung juga tidak perlu dimasukkan. Contoh: Tindakan kerajaan terhadap pengemis dengan menangkap, menahan, menempatkan di rumah kebajikan atau menghantar pengemis asing pulang ke negara asal menelan belanja yang besar.

Huraian sesuatu konsep tidak perlu dimasukkan. Contoh: Mak Yong merupakan satu daripada drama yang menggunakan alat-alat tradisonal.

Gantikan rangkai kata yang panjang dengan konsep yang sama maksud. Contoh: pasir, simen, batu marmar, kepingan atap (bahan binaan)

Jika rangkaikata yang panjang tidak digantikan dengan satu konsep, masukkan sekurang-kurannya 2 item supaya markah tidak dipotong. Contoh: bencana alam (hakisan, dan banjir/tanah runtuh/taufan/kebakaran)

Isi yang berkait dalam beberapa ayat perlu dimasukkan dalam keseluruhan isi tersebut. Contoh: Thailad telah berjaya berbuat demikian. Begitu juga Singapura dan Singapura. Negara-negara ini mempunyai kesitimewaan yang tersendiri. (Thailad, Indonesia dan Singapura telah berjaya berbuat demikian kerana mempunyai keistimewaan tersendiri)

Penanda wacana tidak perlu dimasukkan . Contoh: walau bagaimanapun, di samping itu, namun begitu, oleh itu.

Konsep yang sama pilih satu yang lebih ringkas. Contoh: Perbadanan Kemajuan Pelancongan atau TDC – (Pilih TDC)

Jika petikan tersebut ceramah/ucapan/syarahan, maka kata-kata aluan, kata ganti diri orang yang bercakap dan penutup tidak perlu dimasukkan Contoh: Saya masih dapat membayangkan bagaimana kanak-kanak menderita akibat penyakit difteria, batuk kokol dan tibi. (Kanak-kanak menderita akibat pelbagai penyakit). Terlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih……. (kata-kata aluan tidak perlu)

Huraian isi tidak perlu dimasukkan dalam isi tersurat. Contoh: Setiap balai bomba perlu mempunyai kakitangan dan peralatan yang mencukupi (1) Tidaklah masuk akal sekiranya usaha-usaha penyelamatan tidak boleh dilakukan kerana masalah tangga atau ketiadaan air atau kekangan lain…… (2) Isi (2) tidak perlu kerana berupa huraian isi (1).

Jika petikan mempunyai kata kunci soalan, semua isi tersurat yang perlu dimasukkan mestilah berkaitan dengan kehendak kata kunci soalan. Contoh: Buat rumusan tentang peranan telekomunikasi di Malaysia ke arah mencapai matlamat wawasan 2020 (Julai 1996). Isi tersirat mestilah berkait tentang peranan sahaja.

4. Tulis 1 isi dalam 1 ayat

Strategi Mengesan dan Menulis Isi Tersirat

Isi tersiratmerupakan lanjutan isi tersurat atau implikasi sisi tersurat yang tidak terdapat dalam petikan.

Isi tersirat mestilah sesuatu yang berkaitan dengan isi tersurat.

Isi tersirat dibuat dalam satu ayat sahaja.

Isi tersirat tidak boleh dibuat dalam bentuk cadangan/pendapat/usul.

Gunakan isi tersurat untuk mengesan/mengenalpasti isi tersirat dengan berdasarkan kehendak atau kata kunci soalan.

Jangan masukkan contoh dalam isi tersirat

Contoh SPM 1996:

Arahan: Buat satu rumusan tentang faktor-faktor yang mempengaruhi permainan video di kalangan remaja. (Isi tersurat dan tersirat mesti menyentuh tentang kata kunci berkenaan)

Jawapan: Tersurat - Hiburan ini murah dan mudah didapati. {faktor}

- Remaja mampu ke pusat video kerana mempunyai wang. {faktor}

Strategi Mengesan dan Menulis Kesimpulan/Penutup

Kesimpulan merupakan satu cadangan/pendapat/ulasan tentang keseluruhan petikan yang diberi.

Ditulis dalam satu ayat sahaja.

Gunakan kata kunci/penanda wacana untuk membezakan isi tersirat dengan kesimpulan. Contoh : Kesimpulannya, Oleh itu, Oleh yang demikian.

Boleh kaitkan dengan wawasan 2020 jika petikan berkenaan berkaitan.

Contoh-Contoh Kesimpulan.

Oleh itu, kerjasama orang ramai dengan pihak bomba perlu untuk mencegah kebakaran (SPM 1994)

Kesimpulannya, semua pihak hendaklah saling berkerjasama untuk mewujudkan masyarakat penyayang selaras dengan matlamat wawasan 2020. (SPM 1995)

Oleh yang demikian, segala halangan terhadap perkembangan teknologi komunikasi hendaklah diatasi oleh semua pihak. (SPM 1996)

Kesimpulannya, pihak kerajaan perlu menangani masalah pembalakan supaya tidak menjejaskan kestabilan alam sekitar. (SPM 1997)

Friday, June 26, 2009

CARA MENJAWAB KOMSAS SPM

Menjawab soalan karangan berpandu, bahagian A memerlukan 3 kemahiran iaitu kemahiran melihat dengan teliti, kemahiran berfikir akan makna yang tersurat dan tersirat dan kemahiran menjana idea secara ringkas dan padat. Untuk mendapat markah yang cemerlang mestilah menulis ayat-ayat indah yang sesuai dengan fakta yang dikemukakan sekurang-kurang 3 ayat. Karangan B sepatutnya lebih panjang dan mempunyai sekurang-kurangnya 5 ayat /bahasa indah. Pembahagian perenggan hendaklah seragam dan boleh guna formula F+H+C+K+P.

Komsas memerlukan pembacaan dan penghayatan. Usahlah mimpikan A sekiranya anak-anak malas membaca buku teks. Membaca buku ulasan sahaja tidak mencukupi. Sepatutnya anak-anak sudah 3x khatam. Namun begitu untuk skor A, pengetahuan tentang teknik menjawab juga perlu diberikan perhatian. Gunakan formula F+H+C bagi setiap jawapan yang diberikan. Berapa banyak fakta yang patut diberikan boleh rujuk kepada markah di penghujung soalan.

Perkara yang paling penting dilakukan selepas menjawab soalan ialah semakan. Tujuannya ialah untuk mengesan kesilapan ejaan, tertinggal perkataan dan lain-lain. Janganlah kita tidak dapat A kerana markah ditolak disebabkan kecuaian kita.

Akhir sekali berdoa dan bertawakkal. Nak berdoa mesti tunaikan solat dahulu. Utamakan yang wajib dan perbanyakkan yang sunat. Bersihkan hati kita dan jangan perlekehkan bahasa dan sastera yang menjadi tulang belakang bangsa. Sudah menjadi tanggungjawab kita untuk memertabatkan bahasa dan sastera Melayu da meletakkannya kembali di tempat yang sepatutnya.

Yang kurik itu kendi, yang merah itu saga. Yang baik itu budi, yang indah itu bahasa.

Wednesday, June 3, 2009

asal usul bahasa melayu

Bahasa Melayu (Jawi: بهاس ملايو) ialah sejenis bahasa Melayu-Polinesia di bawah keluarga bahasa Austronesia yang telah digunakan di wilayah Malaysia,Indonesia, dan persekitarannya sejak melebihi 1,000 tahun lagi. Walaupun asal usul bangsa Melayu (dalam pengertian yang khusus) yang paling asal belum diketahui secara pasti tetapi pertumbuhan bahasa Melayu dapatlah dikatakan berasal dari Sumatera Selatan di sekitar Jambi dan Palembang.[1] Rekod terawal bahasa Melayu Kuno ialah sebuah batu bersurat bertarikh 682 Masihi yang dijumpai di Sumatera Selatan.

Bahasa Melayu ialah bahasa kebangsaan Malaysia, Indonesia, dan Brunei, serta salah satu bahasa rasmi di Singapura. Di Indonesia, bahasa Melayu kini dipanggil bahasa Indonesia, dan di Malaysia, bahasa Melayu juga dipanggil bahasa Malaysia. Selain daripada keempat-empat negara tersebut, bahasa Melayu juga ditutur oleh penduduk-penduduk Melayu di Thailand Selatan, Filipina, Kemboja, Vietnam, Sri Lanka dan Afrika Selatan.

Menurut statistik penggunaan bahasa di dunia, penutur bahasa Melayu dianggarkan berjumlah lebih 300 juta (bersama penutur Bahasa Indonesia) dan merupakan bahasa keempat dalam turutan jumlah penutur terpenting bagi bahasa-bahasa di dunia selepas bahasa Mandarin, bahasa Inggeris dan bahasa Hindi/bahasa Urdu. Selain itu, dilaporkan sebanyak 70,000 orang mampu bertutur dalam bahasa Melayu di Sri Lanka, manakala di China, terdapat radio dalam bahasa Melayu. Bahasa Melayu juga diajar di universiti-universiti di United Kingdom, Amerika Syarikat, Australia, Belanda, China, Jerman, New Zealand dan beberapa tempat yang lain.

Bahasa Melayu Piawai ialah Bahasa Melayu Riau, Indonesia, seperti yang dipersetujui oleh Indonesia, Malaysia, dan Brunei. Bahasa Melayu Riau dianggap tempat kelahiran bahasa Melayu. Di Malaysia, bahasa Melayu mengalami perubahan nama beberapa kali. Pada awal 1970-an, Bahasa Melayu dinamakan Bahasa Malaysia atas sebab politik. Namun sejak akhir-akhir ini, nama "Bahasa Melayu" digunakan semula. Bermula tahun 2007, bahasa kebangsaan Malaysia dinamakan kembali kepada Bahasa Malaysia sebagai simbol bahawa bahasa ini adalah bahasa untuk semua dan tidak mengira kaum. Di Indonesia, bahasa Melayu juga dikenali sebagai Bahasa Indonesia atas sebab persatuan dan kesatuan bangsa Indonesia iaitu Sumpah Pemuda tahun 1928. Di Singapura dan Brunei, Bahasa Melayu tidak mengalami sebarang perubahan nama.

Bahasa Melayu mempunyai banyak dialek dan setiap dialek mempunyai perbezaan ketara dari segi sebutan dan kosa kata. Misalnya, bahasa Melayu Jawa atau bahasa Jawa mempunyai banyak perkataan yang tidak diketahui oleh penutur bahasa Melayu yang lain. Selain itu, bahasa yang digunakan oleh masyarakat peranakan atau Cina Selat (campuran pendatang Cina dan penduduk asal) merupakan campuran antara Bahasa Melayu dan dialek Hokkien. Bahasa ini dahulunya banyak digunakan di negeri-negeri Selat seperti Pulau Pinang dan Melaka. Walaubagaimanapun, kini kaum peranakan lebih gemar berbahasa Hokkien atau Inggeris. Bahasa Melayu merupakan bahasa aglutinatif, bermaksud makna perkataan boleh diubah dengan menambah imbuhan tertentu. Umumnya, kata dasar (atau kata akar) terdiri daripada kata kerja.

Penggunaan Bahasa Melayu di negara-negara ini berbeza bergantung kepada sejarah dan budaya. Bahasa Melayu menjadi bahasa rasmi di Malaysia pada 1968, tetapi Bahasa Inggeris masih digunakan dengan luas terutama sekali di kalangan masyarakat Cina dan India, sama seperti di Brunei. Berbeza di Indonesia, Bahasa Indonesia berjaya menjadi bahasa perantaraan utama atau lingua franca untuk rakyatnya yang berbilang kaum kerana usaha gigih kerajaan Indonesia dalam menggalakkan penggunaan Bahasa Indonesia selain Bahasa Belanda yang tidak lagi digunakan. Di Timor Leste, sekarang terlepas dari Indonesia menjadi negara Timor Leste, Bahasa Indonesia diterima sebagai "bahasa berkerja". Di Singapura, Bahasa Melayu dikekalkan statusnya sebagai bahasa kebangsaan walaupun Singapura mempunyai empat bahasa rasmi (iaitu Bahasa Inggeris, Cina, India, dan Melayu.) Di selatan Thailand, bahasa Melayu digunakan oleh orang-orang daripada Kesultanan Melayu Patani (orang Melayu Pattani), tetapi tidak memperolehi sebarang pengiktirafan daripada kerajaan.

Pada awal tahun 2004, Dewan Bahasa dan Pustaka dan MABBIM mencadangkan Bahasa Melayu dijadikan bahasa rasmi ASEAN memandangkan lebih separuh jumlah penduduk ASEAN mampu bertutur dalam Bahasa Melayu. Walaubagaimanapun, perkara ini masih dalam perbincangan.

Tuesday, June 2, 2009

BAHASA MELAYU SPM

Jenis-Jenis Soalan Membina Ayat.

Peringatan Kepada Pelajar
. (INGAT!!!!!)

1. Bina satu ayat bagi setiap perkataan yang diberikan dan sebaik-baiknya ialah ayat berlapis iaitu sesuai dengan peringkat kematangan pelajar Tingkatan 4 dan 5.
2. Satu markah akan diberikan pada ayat yang betul.
3. Setengah markah akan ditolak bagi kesalahan ejaan/ jalan bahasa/ isi yang tidak jelas.
4. Jangan jadikan perkataan sebagai simpulan bahasa atau nama khas.
5. Jangan bina lebih daripada satu ayat.
6. Jangan tinggalkan imbuhan atau tambah imbuhan pada perkataan yang diberi.
7. Boleh bina ayat dengan menggunakan cakap ajuk. (Ikut peraturan membina ayat cakap ajuk).

l. Membina ayat daripada kata ganda.

Kata ganda penuh

Contoh soalan:

Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah untuk menunjukkan anda faham akan penggunaan dan maksudnya.

i. jari-jari
ii. suka-suka
iii. tinggi-tinggi
iv. angan-angan

Contoh jawapan:

i. Jari-jari
Jari-jari pada jendela di rumah usang itu telah rosak dimakan anai-anai..

ii. Suka-suka.
Saya hanya suka-suka pergi ke pantai tersebut untuk mencari ketenangan.

iii. Tinggi-tinggi.
Bangunan yang terdapat di ibu kota kebanyakannya tinggi-tinggi belaka.

iv. Angan-angan.
Kita hendaklah menjadikan angan-angan kita sebagai satu kenyataan dalam hidup.

Kata ganda separa/ sesuku

Contoh soalan:

Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah untuk menunjukkan anda faham akan penggunaan dan maksudnya.

i. cecair
ii. kekuda
iii. dedalu
iv. jejari

Contoh jawapan:

i. Cecair.
Cecair berwarna kuning yang terdapat di dalam botol itu digunakan sebagai bahan
penyubur pokok.

ii. Kekuda
Tulang bumbung rumah itu dipasang kekuda supaya kukuh dan tidak mudah ditiup
angin.

iii. Dedalu
Banyak pohon dedalu menumpang hidup pada pokok-pokok besar di hutan tersebut.

iv. Jejari.
Lima meter panjang jejari pada bulatan di atas bumbung bangunan itu .

Kata ganda berentak

Contoh soalan, (Kata ganda berentak bunyi di hujung)

Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah untuk menunjukkan anda faham akan penggunaan dan maksudnya.

i. sayur-mayur
ii. kuih-muih
iii. cerai-berai
iv. karut-marut.

Contoh jawapan:

i. Sayur-mayur.
Sayur-mayur yang masih segar dijual di pasar tersebut pada setiap pagi.


ii. Kuih-muih.
Kuih-muih itu dibuat untuk majlis perkahwinan anak Pak Abu.

iii. Cerai-berai.
Tindakan Haji Hussin yang keterlaluan itu telah mendorong keluarga anak sulungnya
menjadi cerai-berai.

iv. Karut-marut.
Orang Melayu mudah terikut-ikut dengan kepercayaan yang karut-marut itu.

Contoh soalan, (Kata ganda berentak bunyi di pangkal)

Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah untuk menunjukkan anda faham akan penggunaan dan maksudnya.

i. kayu-kayan
ii. bolak-balik
iii. mandi-manda
iv. Lalu-lalang

Contoh jawapan:

i. Kayu-kayan.
Kayu-kayan yang keras telah digunakan untuk membuat perabot yang berukir itu.

ii. Bolak-balik.
“Jangan bercakap bolak-balik sehingga ayah menjadi marah” kata Ali kepada
adiknya.

iii. Mandi-manda.
“Puteri Bongsu sedang mandi-manda di kolam di belakang istana” kata hulubalang
kepada baginda sultan.

iv. Lalu-lalang.
Banyak kenderaan lalu-lalang di jalan raya di hadapan sekolah tersebut.


Contoh soalan, (Kata ganda berentak bebas)

Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah untuk menunjukkan anda faham akan penggunaan dan maksudnya.
i. anak-pinak
ii. lintang-pukang
iii. ramah-tamah.
iv. kusut-masai

Contoh jawapan,
i. Anak-pinak.
“ Hampir semua anak-pinak Pak Sulung hadir bersama bagi meraikan majlis hari
jadinya yang keseratus lapan semalam” kata Hajah Siti Hajar kepada emak
saudaranya.

ii. Lintang-pukang.
Penagih-penagih dadah di belakang rumah besar itu lari lintang-pukang apabila
mereka diserbu oleh pihak polis.

iii. Ramah-tamah.
Sikap ramah-tamah yang ditunjukkan Haji Majid dan keluarganya menyebabkan
keluarga kami suka mengunjungi rumahnya.

iv. Kusut-masai.
Rambutnya kelihatan kusut-masai apabila terkena hujan lebat.


2. Membina ayat daripada perkataan yang hampir sama bunyi tetapi berlainan
maksud.

Contoh soalan:

Tuliskan ayat bagi setiap perkataan dalam pasangan perkataan di bawah untuk menunjukkan perbezaan maksud.

i. deklarasi - deklamasi
ii. suram - suam


Contoh jawapan:

i. (a). Deklarasi.
Satu deklarasi mengenai penjagaan alam sekitar telah dibuat di Kuala Lumpur
oleh ketua-ketua negara ASEAN.

(b). Deklamasi.
Pertandingan deklamasi sajak sempena Hari Kebangsaan Peringkat Daerah
Segamat telah diadakan pada bulan lepas.

ii. (a). Suram.
Kabus yang tebal menyebabkan cahaya lampu di atas bukit itu kelihatan suram.

(b). Suam.
Pak Abu menggunakan air suam untuk melembutkan kerak nasi yang terdapat di dalam periuk itu.

3. Membina ayat daripada perkataan tunggal atau kata dasar dan perkataan
berganda.

Contoh soalan:

Tuliskan satu ayat bagi setiap pasangan perkataan di bawah supaya jelas menunjukkan perbezaan maknanya tanpa menambah sebarang imbuhan.

i. tupai - tupai-tupai
ii. senang - senang-senang

Contoh jawapan:

i. (a). Tupai.
Beberapa ekor tupai telah terperangkap dalam jebak yang dipasang di atas pokok
durian di dusun Pak Leman.

(b). Tupai-tupai.
Tupai-tupai dipasang pada tiang bumbung rumah itu supaya kedudukan bumbung
rumah itu terus kukuh.

ii. (a). Senang.
“ Asmah, bukan senang aku nak dapat kebenaran daripada ayah” kata Aminah kepada adiknya.

(b). Senang-senang.
“ Ketika senang-senang, datanglah ke rumah saya,” kata ibu kepada rakannya.


4. Membina ayat daripada rangkai kata atau ungkapan.

Contoh soalan:

Tuliskan satu ayat bagi setiap rangkai kata di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham akan penggunaan atau maksudnya.

i. hati terbuka
ii. berputus asa
iii. jiwa merdeka
iv. serkap jarang

Contoh jawapan:

i. Hati terbuka.
Cikgu Halimah menerima tetamu pada hari raya dengan hati terbuka.


ii. Berputus asa.
Kita jangan berputus asa walaupun telah lima kali gagal dalam peperiksaan.

iii. Jiwa merdeka.
“Mantapkan jiwa merdeka pada diri anda agar anda menjadi seorang warganegara
yang disegani,” nasihat guru kaunseling kepada anak muridnya.

iv. Serkap jarang.
Tuduhan yang dikenakan kepada pegawai itu kurang mempunyai bukti yang kukuh
dan tindakan itu hanya sebagai serkap jarang sahaja.


5. Membina ayat daripada perkataan berimbuhan.

Contoh soalan:

Tuliskan ayat bagi setiap pasangan perkataan di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham akan penggunaan dan maksudnya.

i. penyedap - menyedapkan
ii. penamaan - kenamaan.

Contoh jawapan:

i. (a) Penyedap.
Rempah ratus dari India digunakan sebagai penyedap dalam masakan itu.

(b) Menyedapkan.
Udang kering yang dikisar dimasukkan ke dalam makanan itu untuk menyedapkan
rasanya.

ii. (a) Penamaan.
Penamaan calon bagi pilihan raya Dewan Undangan Negeri Kawasan Sepinang akan dilakukan pada hari esok.

(b) Kenamaan.
Beberapa orang kenamaan telah hadir untuk menyerikan majlis perkahwinan tersebut.







Contoh soalan:

Tuliskan satu ayat bagi setiap pasangan perkataan di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham akan penggunaan dan maksudnya.

i. ada
ii. berada
iii. mengadakan
iv. keadaan

Contoh jawapan:

i. Ada.
Dia ada wang untuk membeli kereta mewah tersebut.

ii. Berada.
Ketika rumahnya runtuh ditiup angin, dia berada di rumah rakannya.

iii. Mengadakan.
Kerajaan telah mengadakan kempen gaya hidup sihat semenjak dua bulan yang lalu.

iv. Keadaan.
Encik Ramasamy berada dalam keadaan tenat setelah diserang penyakit jantung.


6. Membina ayat daripada kata banyak makna.

Contoh soalan:

Tulis dua ayat bagi setiap perkataan di bawah supaya jelas menunjukkan perbezaan maknanya.
i. kuat
ii. cetek

Contoh jawapan:

i. Kuat.
1. Walaupun badannya kurus tetapi dia kuat makan.
2. Bangunan yang dibina itu sungguh kuat dan teguh.

ii. Cetek.
1. Sungai di belakang rumahnya tidak berbahaya kerana airnya cetek.
2. Dia tidak terpilih menjadi ketua kerana ilmu persilatan yang dimiliknya masih cetek.



7. Membina ayat daripada pasangan perkataan berimbuhan dan pasangan perkataan berganda.

Contoh soalan:

Tulis satu ayat bagi setiap pasangan perkataan di bawah untuk menunjukkan perbezaan maksudnya.

i. mengharapkan - harap-harap
ii. menyenangkan - bersenang-senang

Contoh jawapan:

i. (a). Mengharapkan.
Encik Hassan terlalu mengharapkan anaknya agar dapat melanjutkan pelajaran ke
Institut Pengajian Tinggi Awam pada tahun hadapan.

(b). Harap-haap.
“Harap-harap dia akan melaksanakan tugas tersebut dengan sempurna” kata
pengetua kepada penolong kanannya.

ii. (a). Menyenangkan.
Para guru hendaklah menggunakan Teknologi Maklumat bagi membantu dan menyenangkan mereka mengajar.

(b). Senang-senang.
Mohamad Zaki memberi tahu gurunya bahawa soalan peperiksaan akhir tahun
mata pelajaran Matematik yang dikeluarkan oleh gurunya itu senang-senang
belaka.


Soalan 3 ( b ) Kemahiran berbahasa [6 markah]


Contoh-contoh soalan tentang kemahiran bahasa,

Latihan 1

Pisahkan ayat-ayat dalam petikan ini kepada enam ayat dasar dengan mengekalkan struktur dan maksud asalnya.

Iklan mempunyai peranan yang penting dalam mempengaruhi dan memujuk pengguna agar membeli barangan serta perkhidmatan, di samping berperanan memberi maklumat yang betul berkenaan sesuatu produk.



Jawapan:

1. Iklan mempunyai peranan yang penting.
2. Iklan mempengaruhi pengguna.
3. Iklan memujuk pengguna agar membeli barang.
4. Iklan juga memujuk pengguna membeli perkhidmatan.
5. Iklan memberikan maklumat yang betul.
6. Maklumat ini berkenaan sesuatu produk.

Latihan 2

Petikan berikut mempunyai kata-kata yang salah penggunaan imbuhannya. Cari kata-kata itu dan betulkan imbuhannya.
Seberapa isu dan masalah yang timbul turut dijejaskan prestasi. Banyaknya masalah ini berkait rapat dengan perkembangan pesat sektor industri, mengutamakan kilangan dan khidmatan.

Jawapan:

Beberapa isu dan masalah yang timbul turut menjejaskan prestasi. Kebanyakan masalah ini berkait rapat dengan perkembangan pesat sektor industri, terutamanya perkilangan dan perkhidmatan.


Latihan 3

Tukarkan cakap ajuk di bawah ini kepada cakap pindah.

Norhayati: Syikin, mengapa Syikin tidak datang ke sekolah semalam?
Norasyikin: Syikin minta maaflah. Semalam Syikin ada hal di rumah.
Norhayati: Apa halnya? Ceritakanlah kepada Yati. Andainya susah, sama-samalah kita
tanggung. Bukankah kita sudah lama berkawan?
Norsyikin: Sebenarnya ibu Syikin sakit.

Jawapan:

Norhayati ingin tahu sebab Norasyikin tidak datang ke sekolah pada hari semalam. Norasyikin meminta maaf kepada Norhayati dan menyatakan yang dia ada hal di rumahnya. Norhayati ingin tahu sebab Norasyikin tidak ke sekolah dan meminta agar Norasyikin menceritakan kepadanya. Norhayati menegaskan bahawa sebarang kesusahan perlu ditanggung bersama kerana mereka sudah lama berkawan. Norsyikin memberi tahu keadaan sebenar iaitu ibunya sedang sakit.




Latihan 4

Sambungkan ayat-ayat di bawah supaya menjadi tiga ayat sahaja. Susunan dan maksud asal ayat tersebut hendaklah dikekalkan.

Kerajaan akan menimbangkan satu cadangan. Cadangan itu supaya lepasan sekolah menyertai program kerahan tenaga. Hal ini merupakan usaha mengurangkan gejala sosial di kalangan belia. Program ini dicadangkan berkonsepkan kebajikan. Program ini bertujuan mengisi masa lapang pelajar selepas mengambil peperiksaan. Cadangan ini supaya diwujudkan program latihan. Program latihan itu menerapkan disiplin ala-tentera di kalangan pelajar. Program itu menerapkan pembinaan diri di kalangan pelajar. Program ini menerapkan sahsiah di kalangan pelajar.


Jawapan:

1. Kerajaan akan menimbangkan satu cadangan supaya lepasan sekolah menyertai program kerahan tenaga dalam usaha mengurangkan gejala sosial di kalangan belia.
2. Program ini dicadangkan berkonsepkan pembinaan disiplin kendiri dan kebajikan untuk mengisi masa lapang pelajar selepas mengambil peperiksaan.
3. Cadangan itu supaya diwujudkan program latihan yang menerapkan disiplin ala-tentera, pembinaan diri dan menerapkan sahsiah di kalangan pelajar.


Latihan 5

Tukarkan ayat aktif yang berikut kepada ayat pasif,

1. Kucing itu menggigit anak tikus yang hampir mati itu.
2. Muthu mengunyah daging kambing yang liat itu.
3. Julia menjahit baju kurung itu.
4. Salina sedang membancuh kopi di dapur.
5. Md. Noor menternak udang galah secara besar-besaran.
6. Emak sedang mengoreng ikan parang untuk makan malam.

Jawapan:

1. Anak tikus yang hampir mati itu digigit oleh kucing itu.
2. Daging kambing yang liat itu dikunyah oleh Muthu.
3. Baju kurung itu dijahit oleh Julia.
4. Kopi di dapur sedang dibancuh oleh Salina.
5. Udang galah diternak secara besar-besaran oleh Md. Noor.
6. Ikan parang sedang digoreng untuk makan malam oleh emak.




Soalan 3 (c) (d)

KESALAHAN TATABAHASA


Peringatan kepada pelajar,

1. Lazimnya terdapat 2 kesalahan dalam satu ayat.
2. Salin semula ayat dan betulkan kesalahan bahasa yang terdapat dalam ayat tersebut.
3. Garis jawapan yang anda telah betulkan kesalahan
4. Jangan ubah struktur ayat berkenaan.


Jenis-jenis kesalahan yang lazim dikemukakan dalam soalan

1. Kesalahan perkataan atau kosa kata.

Contoh;

Ahmad keciwa = sepatutnya kecewa (kesalahan ejaan)

Pelancung = pelancong (kesalahan ejaan)

Perabut = perabot.(kesalahan ejaan).

Pergi melancung = sepatutnya melancong
(kesalahan penggunaan perkataan)

Tinggal di pendalaman = sepatutnya pedalaman (kesalahan
penggunaan perkataan)

2. Kesalahan frasa mengikut hukum D – M.

Dalam bahasa Melayu hukum D (unsur yang diterangkan) merupakan unsur inti yang hadir pada kedudukan yang pertama dan M (unsur yang menerangkan) hadir pada kedudukan yang kedua dalam frasa ayat

Contoh;

Cili sos = sepatutnya sos cili

Nusantara Restoran = sepatutnya Restoran Nusantara

Mini bas = sepatutnya bas mini

Kredit kad = sepatutnya kad kredit



3. Perkataan orang, kaum, keturunan, bangsa, bahasa dan suku kaum mesti digunakan apabila kita hendak menyebut sesuatu kaum, suku kaum, bangsa, keturunan atau bahasa.

Contoh,

Penduduk negeri Johor kebanyakannya Melayu (salah)
Penduduk negeri Johor kebanyakannya orang Melayu (betul)

Cina pernah menjadi bangsa yang bertamadun (salah)
Bangsa Cina pernah menjadi bangsa yang bertamadun (betul)

Melayu, Cina dan India ialah kaum yang terbesar di negara ini (salah)
Kaum Melayu, Cina dan India ialah kaum yang terbesar di negara ini (betul)

Bahasa yang digunakan itu ialah Melayu, bukan Inggeris (salah)
Bahasa yang digunakan itu ialah bahasa Melayu bukan bahasa Inggeris (betul)

Sarawak telah lama didiami oleh Iban (salah)
Sarawak telah lama didiami oleh kaum Iban (betul)

4. Kesalahan makna ayat yang tidak jelas.

Contoh;
Tanah liat ialah mineral silikat paling halus sehingga memerlukan teknik sinar-X untuk mengkajinya.(salah)
Tanah liat ialah mineral silikat paling halus sehingga untuk mengkajinya diperlukan teknik sinar-X. (betul)

5. Kesalahan ayat yang tidak mempunyai subjek.

Contoh;

Ini dapat dilihat pada harga belimbing besi di Kuala Lumpur cuma berjumlah
RM2.00 sekilo (salah)

Hal ini dapat dilihat pada harga belimbing besi di Kuala Lumpur, iaitu berjumlah RM2.00 sekilo (betul)


6. Ayat tergantung.

Contoh;

Penjenayah itu dijatuhi oleh hakim. (salah)
Penjenayah itu dijatuhi hukuman oleh hakim (betul)


7. Kesalahan penggunaan bahasa yang tidak sesuai mengikut taraf sosial seseorang.

Contoh;

Baginda berucap kepada pembesar negeri (salah)
Baginda bertitah kepada pembesar negeri (betul)

8. Kesalahan frasa kerja yang kata kerja transitif tidak diikuti oleh penyambut (objek).

Contoh;

Ali melukis untuk dihadiahkan kepada kakaknya (salah)
Ali melukis gambar untuk dihadiahkan kepada kakaknya (betul)


9. Kesalahan penggunaan kata sendi nama.

Contoh;

Ketika keluar daripada kelas 5 Teratai, saya terlanggar gadis itu (salah)
Ketika keluar dari kelas 5 Teratai, saya terlanggar gadis itu (betul)

10. Kesalahan penggunaan kata jamak.

Contoh;

Kebanyakan guru-guru lelaki telah dihantar ke kawasan luar bandar (salah)
Kebanyakan guru lelaki telah dihantar ke kawasan luar bandar (betul)


11. Kesalahan penggunaan kata ganda.

Contoh;

Perdana Menteri-Perdana Menteri negara ASEAN sedang bermesyuarat di Bangkok. (salah)
Perdana-Perdana Menteri negara ASEAN sedang bermesyuarat di Bangkok (betul)

12. Kesalahan penggunaan kata imbuhan.

Contohnya;

Kerajaan sedang memperbesarkan jalan raya di kampung itu (salah)
Kerajaan sedang memperbesar jalan raya di kampung itu (betul)


Contoh-Contoh

Penggunaan Kata, Frasa Dan Ayat

· Ada berbagai barang di kedai itu. (salah)
· Ada berbagai-bagai barang di kedai itu. (betul)
· Ada pelbagai barang di kedai itu. (betul)

· Ali dihadiahkan sebuah buku harian. (salah)
· Ali dihadiahi sebuah buku harian. (betul)

· Di antara mereka yang hadir. (salah)
· Antara mereka yang hadir. (betul)

· Tambak Johor terletak antara Johor Bahru dengan Singapura (salah)
· Tambak Johor terletak di antara Johor Bahru dengan Singapura (betul)

· Banyak perbezaan di antara bilik Ali dengan bilik Kasim (salah)
· Banyak perbezaan antara bilik Ali dengan bilik Kasim (betul)

· Bangunan itu adalah Daya Bumi (salah)
· Bangunan itu Daya Bumi. (betul)

· Banyak orang datang. (salah)
· Banyak orang yang datang. (betul)

· Berbincang masalah. (salah)
· Berbincang tentang masalah itu. (betul)

· Berdasarkan kepada perkara itu. (salah)
· Berdasarkan perkara itu. (betul)

· Bergantung kepada. (salah)
· Bergantung pada. (betul)

· Berhubung itu. (salah)
· Berhubung dengan itu. (betul)

· Berkait itu. (salah)
· Berkait dengan itu. (betul)

· Berkaitan itu. (salah)
· Berkaitan dengan itu. (betul)

· Bersama. (salah)
· Bersama-sama. (betul)

· Beda. (salah)
· Beza. (betul)

· Bola itu Ali tendang. (salah)
· Bola itu ditendang (oleh) Ali. (betul)

· Bola itu ditendang oleh saya. (salah)
· Bola itu saya menendang. (betul)
· Bola itu saya tendang. (betul)

· Buku itu dihadiahi kepada Ahmad. (salah)
· Buku itu dihadiahkan kepada Ahmad. (betul)

· Buku itu dia hantar ke perpustakaan. .(salah)
· Buku itu dihantar ke perpustakaan. ( betul )

· Buku itu dimasukkan dalam laci. (salah)
· Buku itu dimasukkan di dalam laci. (betul)

· Buku itu disimpan dalam laci. (salah)
· Buku itu disimpan di dalam laci. (betul)

· Di dalam hal itu. (salah)
· Dalam hal itu. (betul)

· Di dalam peperiksaan itu. (salah)
· Dalam peperiksaan itu. (betul)

· Dari Kedah hingga Sabah. (salah)
· Dari Kedah ke Sabah. (betul)

· Dari masa ke semasa. (salah)
· Dari masa ke masa. (betul)

· Dari semasa ke masa. (salah)
· Dari semasa ke semasa. (betul)

· Daripada segi. (salah)
· Dari segi. (betul)

· Dato’ Sri. (salah)
· Dato’ Seri. (betul)

· Datuk Sri. (salah)
· Datuk Seri. (betul)

· Dengan lain perkataan. (salah)
· Dengan perkataan lain (betul)

· Dalam bilik itu. (salah)
· Di dalam bilik itu. (betul)

· Dia belajar dari pengalaman. (salah)
· Dia belajar daripada pengalaman. (betul)

· Dia datang bila dipanggil. (salah)
· Dia datang apabila dipanggil. (betul)

· Dia memandang pada saya. (salah)
· Dia memandang kepada saya. (betul)

· Dia memandang saya. (salah)
· Dia berikan anaknya pelajaran.(betul)

· Dia memberi anaknya pelajaran. (salah)
· Dia berikan saya sebuah buku. (betul)

· Dia memberi saya sebuah buku. (salah)
· Dia memberi buku kepada saya. (betul)

· Dia memberikan buku kepada saya. (salah)
· Dia memberi pelajaran kepada anaknya.(betul)

· Dia memberi anaknya pelajaran. (salah)
· Dia mempelajari daripada pengalamannya. (betul)
· Dia mempelajari perkara itu daripada pengalamannya. (betul)

· Dia memperisterikan Aminah. (salah)
· Dia memperisteri Aminah. (betul)

· Dia memperisteri anaknya dengan anak guru besar. (salah)
· Dia memperisterikan anaknya dengan anak guru besar. (betul)

· Dia menaiki bendera. (salah)
· Dia menaiki bendera. (betul)

· Dia menceburkan diri di bidang perniagaan. .(salah)
· Dia menceburkan diri dalam bidang perniagaan. ( betul )

· Dia mengambil apa sahaja. (salah)
· Dia mengambil apa-apa sahaja. (betul)

· Dia menolehkan pandangannya kepada saya. (salah)
· Dia menolehkan pandangannya pada saya (betul)

· Dibincangkan di dalam mesyuarat itu. (salah)
· Dibincangkan dalam mesyuarat itu. (betul)

· Dia merindukan anaknya. (salah)
· Dia merindui anaknya. (betul)

· Jangan memijak rumput. (salah)
· Jangan pijak rumput. (betul)

· Jauhilah daripada dadah. (salah)
· Jauhilah dadah. (betul)

· Berkesanan. (salah)
· Keberkesanan. (betul)

· Kedua belah pihak. (salah)
· Kedua-dua belah pihak. (betul)

· Kepimpinan. (salah)
· Kepemimpinan. (betul)

· Kereta itu melalui di jalan besar. (salah)
· Kereta itu melalui jalan besar. (betul)

· Letaklah di mana yang sesuai. (salah)
· Letaklah di mana-mana yang sesuai. (betul)

· Letaknya antara Kuala Lumpur dengan Kajang. (salah)
· Letaknya di antara Kuala Lumpur dengan Kajang. (betul)

· Maksudnya yang asalnya. (salah)
· Maksudnya yang asal. (betul)

· Melawat ke Eropah. (salah)
· Melawat Eropah. (betul)

· Melihat kepada/pada keindahannya. (salah)
· Melihat keindahan. (betul)

· Membincangkan tentang perkara itu. (salah)
· Membincangkan perkara itu. (betul)

· Menduduki di tempat kedua. (salah)
· Menduduki tempat kedua. (betul)

· Beg itu mengandung. (salah)
· Beg itu mengandungi. (betul)

· Mensiakan tanggungjawab. (salah)
· Mensia-siakan tanggungjawab. (betul)

· Mengunjungi ke Eropah. (salah)
· Mengunjungi Eropah (betul)

· Mereka memberitahukan saya perkara itu. (salah)
· Mereka memberitahu saya perkara itu. (betul)

· Mereka memberitahu perkara itu kepada saya. (salah)
· Mereka memberitahukan perkara itu kepada saya. (betul)

· Mereka-mereka. (salah)
· Mereka. (betul)

· Oleh kerana itu.(salah)
· Oleh sebab itu. (betul)

· Merujuk kepada surat tuan (salah)
· Merujuk surat tuan (betul)

· Di masa (salah)
· Pada masa (betul)

· Pada pendapatan saya (salah)
· Pada pendapat saya (betul)

· Pada satu hari (bilangan)
· Pada suatu hari (tak tentu harinya)

· Para wartawan-wartawan/ para-para wartawan (salah)
· Para wartawan (betul)

· Pegawai dari Jabatan Pendidikan Negeri (salah)
· Pegawai daripada Jabatan Pendidikan Negeri. (betul)

· Pergilah ke mana pun (salah)
· Pergilah ke mana-mana pun. (betul)

· Perkara itu ialah benar (salah)
· Perkara itu adalah benar (betul)

· Pilihlah mana yang sesuai (salah)
· Pilihlah mana-mana yang sesuai (betul

· Ramai orang datang (salah)
· Ramai orang yang datang (betul)

· Sebahagian wangnya didermakan (salah)
· Sebahagian dari wangnya didermakan. (salah)
Sebahagian daripada wangnya didermakan (betul)

Sehubungan itu (salah)
Sehubungan dengan itu (betul)

· Selain dari/ daripada itu (salah)
· Selain itu (betul)

· Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya (salah)
· Semoga Allah mencucurkan rahmat ke atas rohnya (betul)

· Semoga rohnya dicucurkan rahmat (salah)
· Semoga rohnya dicucuri rahmat (betul)

· Seperti yang kita telah katakan (salah)
· Seperti yang telah kita katakan (betul)

· Sri. (salah)
· Seri (cahaya) (betul)

· Setengah orang (salah)
· Setengah-setengah orang (salah)
Sesetengah orang (betul)

· Surat dari Dewan Bahasa dan Pustaka (salah)
· Surat daripada Dewan Bahasa dan Pustaka (betul)

· Takutkan hantu. (salah)
· Takut akan hantu (betul)

· Tan Seri itu (salah)
· Tan Sri. (betul)

· Tanyalah siapa pun (salah)
· Tanyalah sesiapa pun (salah)
· Tanyalah siapa-siapa pun (betul)

· Tiap orang / setiap-tiap orang (salah)
· Tiap-tiap orang / setiap orang. (betul)

· Tiga ayam. (salah)
· Tiga ekor ayam (betul)

· Yang mana (salah)
· Yang (betul)

· Melaporkan dari (salah)
· Melaporkan berita dari (betul)

· Amat pandai (salah)
· Amat pandai sekali (betul)

· Sangat kukuh (salah)
· sangat kukuh sekali (betul)

· sungguh gagah (salah)
· sungguh gagah sekali (betul)

· terbesar sekali (salah)
· terbesar (betul)
· besar sekali (betul)

· paling kuat sekali (salah)
· paling kuat (betul)
· kuat sekali (betul)


Contoh Soalan Peperiksaan,

1. Dalam setiap ayat di bawah terdapat beberapa kesalahan bahasa. Kenal pasti kesalahan-kesalahan itu dan betulkan dengan menulis semula ayat berkenaan tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.

i. Kesediaan kertas kerja paling penting sekali dalam apa-apa jua projek agar perlaksanaannya dapat berjalan lancar.

ii. Bahasa Melayu dapat menjadikan teras penumbuhan kebudayaan nasional di dalam negara yang berbilang kaum.


Jawapan,
i. Penyediaan kertas kerja paling penting dalam apa-apa jua projek agar pelaksanaannya dapat berjalan lancar.

ii. Bahasa Melayu dapat dijadikan teras pertumbuhan kebudayaan nasional di negara yang berbilang kaum.


2. Dalam setiap ayat di bawah terdapat beberapa kesalahan bahasa. Kenal pasti kesalahan-kesalahan itu dan betulkan dengan menulis semula ayat berkenaan tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.

i. Kanak-kanak yang berusia sepuluh setengah tahun itu memperolehi hadiah khas kerana kemampuannya menguasai bidang Teknologi Maklumat dan Komunikasi ( ICT ).
ii. Perabut yang dibeli oleh saya itu diimport daripada luar negeri.

Jawapan,
i. Kanak-kanak yang berusia sepuluh tahun setengah itu memperoleh anugerah khas kerana kemampuannya menguasai bidang Teknologi Komunikasi dan Maklumat ( ICT ).
ii. Perabot yang saya beli itu diimport dari luar negeri.


3. Dalam setiap ayat di bawah terdapat beberapa kesalahan bahasa. Kenal pasti kesalahan-kesalahan itu dan betulkan dengan menulis semula ayat berkenaan tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.

i. Kain sutera-kain sutera yang terjual di butik itu sangat cantik sekali.
ii. Baju kurung yang emak jahit itu saya akan pakai di pagi hari raya.

Jawapan,
i. Kain-kain sutera yang dijual di butik itu sangat cantik.
ii. Baju kurung yang dijahit oleh emak jahit itu akan saya pakai pada pagi
hari raya.

Latihan 1

Dalam setiap ayat di bawah terdapat beberapa kesalahan bahasa. Kenal pasti kesalahan-kesalahan itu dan betulkan dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.

1. Ali ditugas sebagai Pengarang di akhbar Utusan Melayu semenjak lapan tahun yang lalu.
2. Hana berkecimpung di dalam bidang peternakan itik, rusa dan Angsa sejak kecil lagi.

Latihan 2

Dalam setiap ayat di bawah terdapat beberapa kesalahan bahasa. Kenal pasti kesalahan-kesalahan itu dan betulkan dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.

1. Asean dianggota oleh Malaysia, Indonesia, Thailand, Filipina, Berunai, Vietnam, Singapura,
Laos, myanmar, dan kemboja.
2. Menurut percayaan masyarakat Melayu, sang kancil adalah binatang yang pintar.

Latihan 3

Dalam setiap ayat di bawah terdapat beberapa kesalahan bahasa. Kenal pasti kesalahan-kesalahan itu dan betulkan dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.

1. Tabeat merokok bagi wanita hamil akan bahayakan kesihatan dan keselamatan bayi yang
di kandung.
2. "Keahlian aku di dalam persatuan ini sudah berlangsung selama enam tahun," berkata
pensyarah tersebut.









Latihan 4

Dalam setiap ayat di bawah terdapat beberapa kesalahan bahasa. Kenal pasti kesalahan-kesalahan itu dan betulkan dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.


1. "Sekolah saya akan adakan satu persembahan anekaragam," kata Alias kepada ibunya.
2. Kami hendaklah senantiasa berwas pada terhadap anasir negatif kalangan ahli persatuan
ini.



Latihan 5

Dalam setiap ayat di bawah terdapat beberapa kesalahan bahasa. Kenal pasti kesalahan-kesalahan itu dan betulkan dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.

1. Kita bagai pihak kerajaan akan terus berusaha membangun ekonomi negara.
2. Gejala cetak rompak boleh lumpuhkan industri seni utamanya industri muzik dan perfileman
tanahair.

Latihan 6

Dalam setiap ayat di bawah terdapat beberapa kesalahan bahasa. Kenal pasti kesalahan-kesalahan itu dan betulkan dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.

1. "Dimanakah awak letakkan gergaji yang telah gunakan tadi?" tanya Ramzi kepada
anaknya.
2. "Engkaulah Wakil Jualan yang perlu saya tunggu-tunggu?" kata Linggam kepada lelaki itu.

Latihan 7

Dalam setiap ayat di bawah terdapat beberapa kesalahan bahasa. Kenal pasti kesalahan-kesalahan itu dan betulkan dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.

1. Pastikan awak mencatit nama dan angka giliran pada kertas jawap tersebut.
2. Pengurus Pemasaran akan sentiasa membantu engkau di dalam melaksanakan tugas-
tugas tersebut.


Jawapan

Latihan 1

Dalam setiap ayat di bawah terdapat beberapa kesalahan bahasa. Kenal pasti kesalahan-kesalahan itu dan betulkan dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.

1. Ali ditugaskan/bertugas sebagai pengarang di Akhbar Utusan Melayu semenjak lapan
tahun yang lalu.
2. Hana berkecimpung dalam bidang penternakan itik, rusa dan angsa sejak kecil lagi.

Latihan 2

Dalam setiap ayat di bawah terdapat beberapa kesalahan bahasa. Kenal pasti kesalahan-kesalahan itu dan betulkan dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.

1. Asean dianggotai oleh Malaysia, Indonesia, Thailand, Filipina, Berunai, Vietnam,
Singapura, Laos, Myanmar, dan Kemboja.
2. Menurut kepercayaan masyarakat Melayu, Sang Kancil adalah binatang yang pintar.

Latihan 3

Dalam setiap ayat di bawah terdapat beberapa kesalahan bahasa. Kenal pasti kesalahan-kesalahan itu dan betulkan dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.

1. Tabiat merokok bagi wanita hamil akan membahayakan kesihatan dan keselamatan bayi
yang dikandung.
2. "Keahlian saya dalam persatuan ini sudah berlangsung selama enam tahun," kata pensyarah tersebut.

Latihan 4

Dalam setiap ayat di bawah terdapat beberapa kesalahan bahasa. Kenal pasti kesalahan-kesalahan itu dan betulkan dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.

1. "Sekolah kami akan mengadakan satu persembahan aneka ragam," kata Alias kepada
ibunya.
2. Kita hendaklah senantiasa berwaspada terhadap anasir negatif di kalangan ahli persatuan ini.



Latihan 5

Dalam setiap ayat di bawah terdapat beberapa kesalahan bahasa. Kenal pasti kesalahan-kesalahan itu dan betulkan dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.

1. Kami sebagai pihak kerajaan akan terus berusaha membangunkan ekonomi negara.
2. Gejala cetak rompak boleh melumpuhkan industri seni terutamanya industri muzik dan
perfileman tanah air.

Latihan 6

Dalam setiap ayat di bawah terdapat beberapa kesalahan bahasa. Kenal pasti kesalahan-kesalahan itu dan betulkan dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.

1. "Di manakah kamu letakkan gergaji yang telah digunakan tadi?" tanya Ramzi kepada
anaknya.
2. "Engkaukah Wakil Jualan yang perlu kami tunggu-tunggu?" tanya Linggam kepada lelaki
itu.

Latihan 7

Dalam setiap ayat di bawah terdapat beberapa kesalahan bahasa. Kenal pasti kesalahan-kesalahan itu dan betulkan dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.

1. Pastikan kamu mencatat nama dan angka giliran pada kertas jawapan tersebut.
2. Pengurus pemasaran akan sentiasa membantu kamu dalam melaksanakan tugas-tugas
tersebut.

Soalan 3e (Peribahasa)

Peribahasa

· Soalan jenis ini menguji pengetahuan peribahasa
· Soalan menguji sama ada dari segi memberi makna atau penggunaannya
· Empat jenis peribahasa
o Simpulan Bahasa (anak angkat; batu api; serkap jarang)
o Perumpamaan (pucar lesi umpama ayam lengit; seperti bahat dengan penukul)
o Pepatah (ada padi semua kerja jadi; ada beras semua kerja deras)
o Bidalan (sambil menyelam minum air; ukur baju di badan sendiri)

A. Memberi Makna dan Membina Ayat daripada Peribahasa

Beri makna simpulan bahasa di bawah ini dan kemudian bina ayat berdasarkan simpulan bahasa tersebut:

1. hati bugis
Makna : seorang yang berani
Ayat : Hang Tuah terkenal sebagai seorang pahlawan Melayu yang mempunyai
hati bugis.

2. Orang dapur
Makna : orang perempuan
Ayat : Sudah lama Mak Ngah teringin untuk mendapat orang dapur kerana
semua anaknya lelaki.


B. Membina Ayat daripada Peribahasa

Bina satu ayat berdasarkan peribahasa yang diberikan di bawah.

1. jauhari juga mengenal manikam

Bertanyalah kepada orang yang arif tentang undang-undang kerana jauhari juga mengenal manikam

2. Belakang parang diasah lagikan tajam

Walaupun sudah berkali-kali gagal dalam peperiksaan, namun Mahani yakin bahawa
belakang parang diasah lagikan tajam


C. Menyatakan Peribahasa Berdasarkan Pernyataan

Berdasarkan pernyataan yang berikut, berikan satu peribahasa yang paling sesuai.

1. Ramasami memberikan pelbagai alasan apabila rakan-rakannya mengajaknya pergi ke perpustakaan
(hendak seribu daya, tidak hendak seribu dalih)

2. Pak Cik Mahadi memiliki ilmu yang tinggi tetapi dia tidak mahu mengamalkan semua ilmu yang ada padanya itu.
(laksana pohon kayu tidak berbuah)

D. Mengemukakan Peribahasa Berdasarkan Petikan

Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian kemukakan tiga peribahasa yang menggambarkan tiga situasi yang berbeza yang terdapat dalam petikan ini.

Razali menceburi bidang perniagaan. Perniagaannya maju tetapi dia lupa akan pengorbanan dan kesusahan yang dialaminya sewaktu hendak memulakan perniagaan dahulu. Setiap bulan keuntungan yang diperoleh dibelanjanya sehingga dia tidak dapat menyimpan wang walaupun sedikit. Dia akhirnya menyesal apabila perniagaannya bankrap kerana dia tidak dapat membayar hutang piutang kepada pihak bank.

1. lupa daratan / lupa diri
2. berniaga buluh kasap, dapat hujung pangkal lesap
3. menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tidak berguna.

Strategi Menjawab Soalan Rumusan SPM

PETIKAN 1

Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian buat satu rumusan tentang faedah-faedah hidup berjiran dan cara-cara memupuk semangat kejiranan. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Kemakmuran sesebuah negara amat bergantung pada kemantapan dan kutuhan hubungan dalam setiap lapisan masyarakat. Hubungan yang erat antara jiran dalam masyarakat merupakan ciri masyarakat yang berkualiti. Semngat kejiranan dapat memainkan peranan yang amat penting dalam menjana kehidupan setempat yang aman dan harmoni.

Jiran ialah orang yang tinggal paling hampir dengan tempat kediaman kita. Segala perkara yang berlaku pada diri kita terlbih dahulu diketahui oleh jiran. Oleh itu, jiran merupakan orang yang paling mudah memberikan petolongan pada saat kita ditimpa bencana. Pertolongan seperti inilah yang amat diperlukan pada masa kecemasan sementara menunggu bantuan pihak berwajib atau sanak-saudara. Jiran yang berbeza latar belakang pekerjaan, pendidikan, agama dan budaya akan memberikan manfaat yangbbesar kepada kita. Hal ini kerana mereka memiliki pengetahuan dan kemahiran yang boleh kita kongsi bersama-sama. Di samping itu, jiran yang sepakat dan bersatu padu mampu menjamin keselamatan setempat daripada sebarang ancaman seperti kecurian, penyalahgunaan dadah dan budaya samseng.

Segala perkara yang mencemarkan keharmonian dan kesejahteraan masyarakat dapat dicegah dengan semangat kerjasama dan keprihatinan sesama jiran. Gejala sosial seperti khalwat, penderaan kanak-kanak dan kes-kes jenayah dapat dibendung jika jiran memainkan peranan dan mengambil inisiatif melaporkannya kepada pihak berkuasa. Kita perlu bertindak sekalipun gejala tersebut tidak menimpa ahli keluarga sendiri. Setiap ahli masyarakat seharusnya beringat sebelum terjadi sesuatu yang buruk, bak kata pepatah, ‘sediakan payung sebelum hujan’. Jiran yang hidup dalam suasana bekerjasama dan mengambil berat antara satu sama lain sudah semestinya dapat menjana program yang menyumbang kebajikan kepada masyarakat setempat. Rahsia kejayaan program ini terletak pada persepakatan dan persefahaman yang mantap sesama jiran.

Perpaduan ialah kunci kemakmuran dan kesejahteraan negara. Tanpa perpaduan, negara akan berada dalam keadaan kucar-kacir dan masyarakat tidak lagi dapat hidup dalam keadaan aman dan damai. Perpaduan dapat dilahirkan melalui hubungan baik sesama jiran. Jiran yang baik ialah jiran yang berjaya memupuk semangat tolenrasi, saling mempercayai dan mengamalkan perkongsian pintar sesama mereka. Sekiranya hal ini diabaikan, maka lambat-laun akan tercetuslah bibit-bibit permusuhan yang akhirnya membawa kepada perbalahan dan perpecahan.

Kesimpulannya, jelaslah kepada kita betapa penting dan besarnya peranan jiran dalam menentukan kemakmuran dan kesejahteraan sesebuah negara. Hanya negara yang makmur dan sejahtera sahaja yang akan dapat meneruskan agenda pembangunan yang lebih gemilang pada masa akan datang.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada Kejiranan, Cara Kekalkan
Hubungan Baik, oleh Ahmad Tarmizi Zakaria,
Utusan Malaysia, Jun 2003)


A: STRATEGI MENGHASILKAN ISI TERSURAT

STRATEGI 1

Baca dan fahamkan petikan rumusan yang diberi sekurang-kurangnya 2 kali,
· Bacaan kali pertama untuk dapatkan gambaran keseluruhan petikan.
(masa dicadangkan 2 minit)
· Bacaan kali kedua untuk dapatkan pemahaman
(masa dicadangkan 5 minit)


STRATEGI 2 :

Tentukan kata tugas dalam soalan (Fokus 1 dan Fokus 2) dan gariskan perkataan-perkataan tersebut.
· Fokus 1 = Isi tersurat
· Fokus 2 = Isi tersirat

Sebagai contoh dalam petikan contoh 1 Fokus 1 iaitu faedah-faedah hidup berjiran merupakan fokus untuk isi tersurat manakala Fokus 2 iaitu cara-cara memupuk semangat kejiranan pula merupakan fokus untuk isi tersirat.


CONTOH 1

Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian buat satu rumusan tentang faedah-faedah hidup berjiran [ISI TERSURAT] dan cara-cara memupuk semangat kejiranan.
[ISI TERSIRAT] Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.



STRATEGI 3

Baca perenggan 1 petikan yang diberi sekali lagi dan gariskan isi-isi tersurat untuk menjawab Fokus 1 . Kata tugas yang diberikan dalam arahan soalan iaitu faedah-faedah hidup berjiran.

Kemakmuran sesebuah negara amat bergantung pada kemamtapan dan keutuhan hubungan dalam setiap lapisan masyarakat. Hubungan yang erat antara jiran dalam masyarakat merupakan ciri masyarakat yang berkualiti. Semangat kejiranan dapat memainkan peranan yang amat penting dalam (menjana kehidupan setempat yang aman dan harmoni).
[ISI 1]



Baca perenggan 2 petikan yang diberi sekali lagi dan gariskan isi-isi tersurat untuk menjawab Fokus 1 . Kata tugas yang diberikan dalam arahan soalan iaitu faedah-faedah hidup berjiran.

Jiran ialah orang yang tinggal paling hampir dengan tempat kediaman kita. Segala perkara yang berlaku pada diri kita terlebih dahulu diketahui oleh jiran. Oleh itu, jiran merupakan orang yang paling (mudah memberikan pertolongan pada saat kita ditimpa bencana) [ISI 2]. Pertolongan seperti inilah yang amat diperlukan pada masa kecemasan sementara menunggu bantuan pihak berwajib atau sanak-saudara. (Jiran yang berbeza latar belakang) pekerjaan, pendidikan, agama dan budaya akan (memberikan manfaat yang besar kepada kita)[ISI 3]. Hal ini kerana (mereka memiliki pengetahuan dan kemahiran yang boleh kita kongsi bersama-sama).[ISI 3-PILIHAN 2] Di samping itu, jiran yang sepakat dan bersatu padu (mampu menjamin keselamatan setempat) [ISI 4] daripada sebarang ancaman seperti kecurian, penyalahgunaan dadah dan budaya samseng.

Baca perenggan 3 petikan yang diberi sekali lagi dan gariskan isi-isi tersurat untuk menjawab Fokus 1 . Kata tugas yang diberikan dalam arahan soalan iaitu faedah-faedah hidup berjiran.

(Segala perkara yang mencemarkan keharmonian dan kesejahteraan masyarakat dapat dicegah)[ISI 5] dengan semangat kerjasama dan keperihatinan seama jiran. (Gejala sosial) seperti khalwat, penderaan kanak-kanak dan kes-kes jenayah (dapat dibendung)[ISI 6] jika jiran memainkan peranan dan mengambil inisiatif melaporkannya kepada pihak berkuasa. Kita perlu bertindak sekalipun gejala tersebut tidak menimpa ahli keluarga sendiri. Setiap ahli masyarakat seharusnya beringat sebelum terjadi sesuatu yang buruk, bak kata pepatah, ‘sediakan payung sebelum hujan’. Jiran yang hidup dalam suasana bekerjasama dan mengambil berat antara satu sama lain sudah semestinya (dapat menjana program yang menyumbang kebajikan kepada masyarakat setempat).[ISI 7] Rahsia kejayaan program ini terletak pada persepakatan dan persefahaman yang mantap sesama jiran.


Baca perenggan 4 petikan yang diberi sekali lagi dan gariskan isi-isi tersurat untuk menjawab Fokus 1 . Kata tugas yang diberikan dalam arahan soalan iaitu faedah-faedah hidup berjiran.

Perpaduan ialah kunci kemakmuran dan kesejahteraan negara. Tanpa perpaduan, negara akan berada dalam keadaan kucar-kacir dan masyarakat tidak lagi dapat hidup dalam keadaan aman dan damai. (Perpaduan dapat dilahirkan melalui hubungan baik sesama jiran).[ISI 8] Jiran yang baik ialah jiran yang berjaya (memupuk semangat toleransi, saling mempercayai dan mengamalkan perkongsian pintar sesama mereka).[ISI 9] Sekiranya hal ini diabaikan, maka lambat-laun akan tercetuslah bibit-bibit permusuhan yang akhirnya membawa kepada perbalahan dan perpecahan.


Baca perenggan 5 petikan yang diberi sekali lagi dan gariskan isi-isi tersurat untuk menjawab Fokus 1 . Kata tugas yang diberikan dalam arahan soalan iaitu faedah-faedah hidup berjiran.

Kesimpulannya, jelaslah kepada kita betapa penting dan besarnya peranan jiran dalam (menentukan kemakmuran dan kesejahteraan sesebuah negara)[ISI 10] Hanya negara yang makmur dan sejahtera sahaja yang akan dapat meneruskan agenda pembangunan yang lebih gemilang pada masa akan datang.


STRATEGI 4

Senaraikan FOKUS 1 (isi-isi tersurat) yang terdapat dalam petikan tersebut dan kira jumlah perkataannya.

Isi Tersurat : faedah-faedah hidup berjiran

1. Dapat menjana kehidupan setempat yang aman dan harmoni [ 8 ]
2. Mudah memberikan pertolongan pada saat kita ditimpa bencana. [ 8 ]
3. Jiran yang berbeza latar belakang memberikan manfaat yang besar kepada kita. [ 11 ]
Atau
Dapat berkongsi pengetahuan dan kemahiran yang dimiliki mereka [ 8 ]
4. Mampu menjamin keselamatan setempat. [ 4 ]
5. Dapat mencegah perkara yang mencemarkan keharmonian dan kesejahteraan masyarakat. [ 9 ]
6. Gejala sosial dapat dibendung. [4 ]
7. Dapat menjana program yang menyumbang kabijakan kepada masyarakat setempat. [ 9 ]
8. Melahirkan perpaduan sesama jiran. [ 4 ]
9. Memupuk semangat toleransi, saling mempercayai dan mengamalkan perkongsian pintar sesama mereka. [ 11 ]
10. Menentukan kemakmuran dan kesejahteraan sesebuah negara. [ 6 ]


STRATEGI 5

Tulis isi-isi tersurat tersebut menjadi sebuah perenggan yang lengkap.

PERINGATAN:
1. Maksimum isi untuk fokus 1 ialah 6 isi. Oleh itu anda tidak perlu memasukkan kesemua isi kerana jumlah perkataan yang agak terhad. Adalah dicadangkan jumlah perkataan untuk fokus 1 ialah 60 – 65 patah perkataan
2. Anda perlu menulis kata tugas untuk Fokus 1 dalam ayat pertama perenggan isi tersurat.

CONTOH:
Antara faedah hidup berjiran ialah dapat menjana kehidupan setempat yang aman dan harmoni. Selain mudah memberikan pertolongan pada saat kita ditimpa bencana, kita dapat berkongsi pengetahuan dan kemahiran yang dimiliki mereka. Hidup berjiran mampu menjamin keselamatan setempat, dapat membendung gejala sosial serta melahirkan perpaduan sesama jiran. [ 46 patah perkataan ]



B : STRATEGI MENGHASILKAN ISI TERSIRAT

STRATEGI:

1. Isi tersirat dibina berdasarkan Fokus 2 soalan. Isi ini tidak terdapat dalam petikan
yang diberikan. Contoh dalam Petikan 1 Fokus 2 ialah: cara-cara memupuk semangat
kejiranan.

2. Isi tersirat dibina melalui tafsiran dan analisis yang mendalam berdasarkan isi tersurat
dan fokus 2 dalam arahan soalan.

3. Binalah perenggan isi tersirat dengan memasukkan sekurang-kurangnya 2 isi tersirat.

4. Kata tugas untuk Fokus 2 perlu dimasukkan dalam ayat pertama perenggan isi tersirat.


STRATEGI 1

Kenal pasti dan senaraikan isi tersirat berdasarkan fokus 2 iaitu cara-cara memupuk semangat kejiranan.

CONTOH :

1. Mengadakan majlis gotong royong / aktiviti kemasyarakatan / bersedia memberi
pertolongan / tolong menolong [ konsep: bekerjasama ]

2. Mengadakan rumah terbuka / majlis keraian / ziarah menziarahi / perihatin atau ambil
berat hal ehwal jiran / bertanya kabar / pelihara hubungan kejiranan / bertegur sapa /
saling mengenali [ konsep : Interaksi tidak formal ]

3. Membuat rondaan bersama pada waktu malam / rukun tetangga.

4. Mengadakan tabung kebajikan / kursus/ kempen kejiranan / tabung khairat .

5. Mengadakan jawatankuasa kejiranan setempat / tubuhkan sektor rukun tetangga /
persatuan belia / JKKK [ Konsep : Interaksi formal ]

6. Mengadakan hari keluarga / sukaneka / riadah / pertandingan

7. Mengikis sikap negatif dalam diri individu / jangan mementingkan diri / tidak sombong /
berbaik sangka dengan jiran .


STRATEGI 2

Membina perenggan isi tersirat.

CONTOH PERENGGAN ISI TERSIRAT

Antara cara memupuk semangat kejiranan ialah dengan mengadakan majlis gotong-royong dan mengadakan jawatankuasa kejiranan setempat. Selain itu, budaya ziarah-menziarahi juga mampu memupuk semangat kejiranan. [ 23 patah perkataan ]



C : STRATEGI MENGHASILKAN PENDAHULUAN RUMUSAN.

STRATEGI :

1. Fahami maksud keseluruhan petikan yang diberikan.
2. Kenal pasti fokus 1 petikan tersebut kerana berdasarkan fokus 1 itulah penfahuluan rumusan karangan dapat kita hasilkan.
3. Anda perlu melakukan pengubahsuaian supaya ayat yang anda bina itu menjadi ayat anda sendiri.
4. Tulis pendahuluan rumusan dalam satu ayat sahaja.
5. Mulakan ayat pendahuluan dengan ; Petikan membincangkan / membicarakan …….


CONTOH PENDAHULUAN:

Fokus 1 : Faedah-faedah hidup berjiran

Pendahulaun:
Petikan membincangkan peranan jiran dalam kehidupan bermasyarakat di negara kita.
atau
Petikan membincangkan kebaikan / kepentingan / kelebihan / manfaat / hidup berjiran dalam masyarakat


D : STRATEGI MENGHASILKAN KESIMPULAN RUMUSAN.

1. Kaji semula fokus soalan sama ada Fokus 1 dan Fokus 2.
2. Kesimpulan rumusan hendaklah berdasarkan fokus soalan tersebut.
3. Kesimpulan merupakan cadangan / harapan anda terhadap fokus tersebut berserta kesan atau akibat cadangan / harapan tersebut.
4. Anda juga perlu menghubungkan antara cadangan / harapan dengan kesan atau akibat cadangan dengan menggunakan kata hubung, ‘agar, supaya, demi’.
5. Gunakan penanda wacana atau rangkai kata, frasa yang menunjukkan bahawa ayat tersebut merupakan ayat kesimpulan.
Contoh : Kesimpulannya, ….Justeru, …







CONTOH KESIMPULAN:

1. Kesimpulannya, semua pihak perlu menghargai jiran agar kehidupan yang sejahtera dapat diwujudkan

Atau

2. Justeru, semua pihak perlu menjalankan tanggung jawab mereka dalam masyarakat dengan berkesan agar sebuah komuniti yang sejahtera dapat diwujudkan.


CONTOH PETIKAN RUMUSAN YANG LENGKAP

Petikan membincangkan kebaikan hidup berjiran dalan sesebuah masyarakat.

Antara faedah hidup berjiran ialah dapat menjana kehidupan setempat yang aman dan harmoni. Selain mudah memberikan pertolongan pada saat kita ditimpa bencana, kita dapat berkongsi pengetahuan dan kemahiran yang dimiliki mereka. Hidup berjiran mampu menjamin keselamatan setempat, serta dapat membendung gejala sosial dan melahirkan perpaduan sesama jiran. Hidup berjiran juga dapat mencegah perkara yang mencemarkan keharmonian dan kesejahteraan masyarakat.

Antara cara memupuk semangat kejiranan ialah dengan mengadakan majlis gotong-royong dan mengadakan jawatankuasa kejiranan setempat. Selain itu, budaya ziarah-menziarahi juga mampu memupuk semangat kejiranan.

Kesimpulannya, semua pihak perlu menghargai jiran agar kehidupan yang sejahtera dapat diwujudkan.
[ 100 patah perkataan]
KERTAS SATU : BAHAGIAN B : ULASAN

Aspek Yang Dinilai Dalam Karangan B:

a. Penilaian dibuat secara holistik berpandukan kriteria dan peringkat yang ditetapkan.
b. Penggunaan pelbagai jenis kata atau kosa kata yang luas dan tepat.
c. Penggunaan pelbagai ayat majmuk.
d. Ejaan dan tanda bacaan.
e. Penggunaan laras bahasa yang sesuai.
f . Idea yang relevan dengan tugasan dalam soalan yang diberikan.
g. Kematangan idea dan contoh yang sesuai.
h. Pengolahan yang menarik dan berkesan serta pemerengganan yang sesuai.
i. Wacana yang lengkap dan ada kesinambungan idea.
j . Penggunaan unsur bahasa yang bervariasi.
k. Penggunaan gaya bahasa yang menarik dari segi keindahan bahasa dan penggunaan
ungkapan seperti peribahasa, pantun, cogan kata atau frasa.
l . Format karangan



Contoh soalan karangan:

Masalah sosial dalam kalangan remaja di negara kita sudah menjadi semakin serius sejak akhir-akhir ini. Pada pendapat anda bagaimanakah kita hendak membendung masalah ini daripada menjadi semakin buruk.

bagaimanakah kita hendak membendung masalah ini daripada menjadi semakin buruk = TUGASAN

Contoh Perenggan

Salah satu cara untuk membendung masalah sosial dalam kalangan remaja ialah peranan institusi keluarga. Institusi keluarga merupakan elemen yang rapat dengan remaja. Sehubungan itu, hubungan yang rapat ibarat isi dengan kuku membolehkan institusi keluarga mengenali, mengawasi dan menasihati remaja. Selain itu, institusi keluarga hendaklah mewujudkan suasana harmoni di rumah kerana rumah merupakan asas kepada kehidupan berkeluarga. Sebarang bentuk pertengkaran hendaklah dihindarkan sebaliknya ketua keluarga mengambil langkah untuk merancang sesuatu yang membina kepada ahli keluarganya seperti bersembahyang dan makan bersama. Pakar motivasi Datuk Dr. Mohd Fadhillah Kamsah menyatakan institusi keluarga merupakan entiti penting bagi mengatasi masalah sosial dalam kalangan remaja. Sejajar dengan itu, remaja sememangnya memerlukan perhatian maka, adalah penting bagi institusi keluarga untuk memainkan peranan yang utama agar masalah sosial dalam kalangan remaja dapat dibendung. Oleh itu, memang tidak dinafikan bahawa peranan institusi keluarga merupakan satu cara bagi membendung masalah sosial remaja.


Salah satu cara untuk membendung masalah sosial dalam kalangan remaja ialah peranan institusi keluarga = ISI UTAMA

elemen = KOSA KATA MENARIK

Sehubungan itu = PENANDA WACANA

ibarat isi dengan kuku = UNGKAPAN MENARIK

Selain itu = PENANDA WACANA

rumah merupakan asas kepada kehidupan berkeluarga = FRASA MENARIK

Pakar motivasi Datuk Dr. Mohd Fadhillah Kamsah menyatakan institusi keluarga merupakan entiti penting bagi mengatasi masalah sosial dalam kalangan remaja =
AYAT CONTOH

Sejajar dengan itu = PENANDA WACANA

Oleh itu, memang tidak dinafikan bahawa peranan institusi keluarga merupakan satu cara bagi membendung masalah sosial remaja. = AYAT PENEGAS

Panduan Menjawab Soalan Bahasa Melayu SPM

KERTAS SATU : BAHAGIAN A : ULASAN

Menulis Karangan

a. Karangan yang ditulis mestilah berasaskan tema bahan rangsangan yang diberikan.
b. Bahan rangsangan boleh terdiri daripada gambar tunggal, gambar bersiri, iklan, graf,
carta, poster dan sebagainya.
c. Karangan yang ditulis mesti mempunyai pengenalan atau pendahuluan. Bahagian
ini amat penting kerana mencerminkan isi yang ditulis seterusnya.
d. Pendahuluan mesti membincangkan tema bahan rangsangan secara khusus dan mesti ditulis ringkas, padat serta ditulis dalam satu perenggan (anggaran 20 patah perkataan).
e. Pelajar perlu menyatakan 3 isi yang relevan dengan tema dan mesti diolah dengan baik.
f. Isi mesti berkaitan antara satu perenggan dengan perenggan yang lain (anggaran 70 patah perkataan setiap satu isi).
g. Isi mesti disusun mengikut kepentingan dan disusun rapi.
h. Kesimpulan mestilah ditulis dalam satu perenggan (anggaran 20 patah perkataan). Ia mestilah ringkas, padat dan dapat merumus tema yang dibincangkan.


Ciri-ciri Karangan Yang Baik

a. Tema bahan rangsangan dihuraikan dengan baik dan jelas.
b. Isi yang ditulis mestilah berkaitan dengan tema dan sebaik-baiknya isi tersirat.
c. Perenggan mesti kemas dan sesuai.
d. Satu perenggan, satu isi dengan huraian isi serta contoh.
e. Perenggan dan isi mesti berkaitan dengan yang sebelumnya.
f. Susunan ayat mesti lengkap dan mudah difahami.
g. Penggunaan bahasa mesti dipelbagaikan.
h. Gunakan peribahasa, cogan kata atau ungkapan yang menarik.
i. Gunakan penanda wacana yang sesuai.
j. Isi diolah dengan baik untuk menunjukkan kematangan.
k. Mesti mengelakkan penggunaan bahasa pasar.
l. Tulisan mesti jelas dan mudah dibaca.


Kriteria Pembahagian Markah

a. Kefahaman dan kebolehan pelajar memahami tema bahan rangsangan yang diberikan sama ada relevan atau tidak.
b. Keupayaan pelajar mengemukakan sekurang-kurangnya 3 isi dan setiap isi haruslah disertakan dengan huraian lanjut dan contoh yang sesuai.
c. Setiap isi, fakta dan contoh yang dikemukakan harus juga sesuai dengan keadaan semasa dan mempunyai kematangan fikiran.
d. Aspek bahasa pelajar pula akan dinilai dari segi penulisan yang lancar dan kemas, tiada kesalahan tatabahasa yang berat, perenggan yang betul dan kemas, menggunakan tanda bacaan dan huruf besar yang tepat.


Aspek-aspek Yang Dinilai

a. Karangan menepati tema bahan rangsangan.
b. Pengolahan isi, gaya bahasa, penyampaian isi dan kematangan isi dikembangkan.
c. Ejaan dan struktur ayat.
d. Isi yang ditulis sama ada yang tersurat atau tersirat.
e. Peribahasa, cogan kata atau ungkapan menarik yang digunakan.
f. Pendahuluan atau pengenalan.
g. Penutup atau kesimpulan karangan.
h. Tulisan yang jelas.
i. Pemerengganan.
j. Kesantunan bahasa.


Kelemahan Calon

a. Pengenalan tidak menarik.
b. Isi tidak menepati tema.
c. Isi tidak dihuraikan.
d. Huraian yang tidak bertepatan dengan isi pokok.
e. Perenggan tidak disusun dengan sempurna.
f. Banyak kesalahan ejaan.
g. Tulisan buruk sehingga sukar dibaca.
h. Bahasa yang berbelit-belit dan ayat terlalu panjang.
i. Penggunaan perbendaharaan kata yang terhad.
j. Isi yang diulang-ulang.
k. Hanya menghuraikan isi tersurat sahaja.
l. Kesalahan tatabahasa seperti sendi nama di, dari dan daripada.